Wanita yang dipercayai dibunuh dengan kejam di Kampung Titingan, pada Khamis disahkan disamun.<br /><br />Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintenden Champin Piuh berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama anaknya berusia satu tahun dalam perjalanan menuju ke rumah saudaranya untuk mengambil sayur.